Tahukah Anda Kenapa Pesawat Dilarang Melintas Diatas Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi… INI PENJELASANNYA..

Seorang pilot kenamaan Arab Saudi mendedahkan bahawa alasan sebenarnya pesawat tidak boleh melintas di atas Kaabah dan Masjidil Haram bukan kerana adanya gelombang magnet, seperti yang diberitakan media-media Barat, melainkan untuk melindungi keselamatan dan keselesaan para jemaah umrah dan haji.

“Berita dan maklumat yang selama ini beredar di sosial media salah dan menyesatkan,” seperti yang dilaporkan oleh portal TV orient-news.net dari Hasan Al-Ghamidi yang juga seorang juruterbang dan pemerhati urusan penerbangan awam pada hari Jumaat (13/01).

Hasan Al-Ghamidi menjelaskan dalam rakaman video yang dimuat naik jejaring sosial Facebook bahawa larangan terbang di atas Masjid Al-Haram bukan kerana adanya gelombang magnet yang terpancar dari Kaabah, ataupun adanya ruangan hampa di atas kiblat umat Islam.

Melainkan kerana kerana kedudukan kota Makkah yang berada di kawasan pergunungan, di mana jika pesawat melintas menyebabkan kesan bunyi yang ditimbulkan enjin pesawat boleh memantul dan menimbulkan kesan buruk bagi para jemaah umrah dan haji.

Sebab lain adalah kerana di dalam pesawat yang melintas sangat memungkinkan adanya penumpang non muslim. Dan dalam Al-Quran disebutkan bahawa non muslim tidak boleh memasuki wilayah Makkah dan Madinah. (Kiblat / Ram)

Leave a Reply