Sayu.!!! Selamat tinggal selamanya kawan .. Eddy temui ajal parah dikepala masa berkonvoi (6Gambar)

Bagan Serai: Kehilangan insan yang paling rapat dalam hidup mendatangkan kesedihan yang amat sangat pada sesiapa sahaja.

Itu lah dirasai oleh Nur Haziana Kamaruzaman rakan kepada Muhammad Rusyaidi yang temui ajal di Hospital setelah parah dikepala terlibat kemalangan ketika berkonvoi.

Beliau meluahkan rasa sedihnya dilaman sosial nya apabila rakan baik nya sejak kecil itu pergi buat selamanya apa yang paling memilukan mesej itu disampaikan oleh kakak arwah Eddy yang adik nya telah pergi buat selamanya.

Jenazah Muhammad Rusyaidi Bin Jamaluddin telah sampai di Matang Jelutong Bagan Serai Perak. Jenazah akan di kebumikan pada lepas Solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Masjid Matang Jelutong Bagan Serai Perak.

Arwah telah terlibat dalam kemalangan Jalan raya semasa berkonvoi utk ke Kuala Perlis pada 17 Disember lalu.

Insiden kemalangan berlaku di lebuhraya PLUS arah utara selepas dari Tol Jitra. Kemalangan berpunca dari sebuah Van yg tiba-tiba membuat Pusingan U di kawasan pusingan U di atas jalan tersebut.

Sebanyak 3 buah motosikal terbabit dlm kemalangan dengan van tersebut. Arwah cedera parah di bahagian kepala dan telah di bawa ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kedah. Insiden berlaku pada jam lebih kurang 2 petang dan arwah menghembuskan nafas akhir pada jam lebih kurang 9.10 malam hari yg sama.

Salam Takziah buat keluarganya dan semoga ahli keluarganya tabah dan redha di atas musibah ini.
Marilah kita secara sukarela dan ikhlas, sedekahkan surah Al -Fatihah buat diri arwah, semoga arwah di tempatkan bersama2 dgn orang yg mendapat rahmat dari Allah dan mendapat kejayaan yg abadi di sana. Al fatihah.

Leave a Reply