Sayu.!!! Saya rindu awak .. rehat lah dengan tenang mungkin jodoh kita disana (10Gambar)

Alor Setar : Kita hanya mampu merancang hanya yang maha esa yang menentukan dia lebih sayangkan nya awak semoga roh awak tenang disana, saya rindu awak ini lah luahan sayu rakan setugas dan juga kekasih jati arwah Azlan.

Hasrat seorang konstabel polis melamar rakan setugasnya untuk dijadikan isteri tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Hutan Kampung berhampiran Taman Nabira, di sini, pagi tadi.

Konstabel Mohamad Azlan Amizan, 23, yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas, di sini, meninggal dunia akibat kecederaan parah sejurus motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya kira-kira jam 7.15 pagi.

Lebih memilukan kejadian pagi tadi berlaku dua hari selepas mangsa menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan rakan setugasnya, Konstabel Wizirah Marzuki, 32, kepada keluarga ketika pulang ke kampungnya di Perlis.

Wizirah ketika ditemui mengesahkan membuat perancangan untuk bernikah dan arwah pulang ke Perlis, kelmarin memang untuk menyuarakan hasratnya itu kepada keluarga, namun apa yang diimpikan itu tidak kesampaian apabila dia pergi buat selama-lamanya.

“Tak banyak perubahan yang saya nampak pada diri arwah kerana dia memang pendiam dan tak banyak cakap…sepanjang dua tahun kami berkawan, dia memang seorang yang baik hati dan arwah juga sudah membuat pinjaman kewangan untuk majlis pernikahan kami dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan apa yang dirancang.

“Malam tadi dia ada hubungi saya, tetapi saya tak sempat jawab panggilannya kerana bercuti dan berada di kampung di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kira-kira jam 8 pagi tadi, saya terima panggilan daripada balai memberitahu dia terbabit kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian, “katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Abang mangsa, Mohd Arif Amizan, 26, berkata hubungannya dengan arwah sangat rapat malah empat daripada tujuh adik beradik mereka bekerja sebagai polis termasuk seorang daripadanya sukarelawan polis.

“Saya tidak menyangka dia (Mohamad Azlan) akan pergi buat selama-lamanya. Kali terakhir saya jumpa arwah malam tadi sebelum dia bertolak pulang ke sini dari rumah kami di Perlis dan saya perasan dia seperti berat hati. Tak sangka itu kali terakhir kami bertemu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, ketika ditemui berkata kejadian membabitkan motosikal ditunggang anggota dengan sebuah MPV yang dipandu seorang guru lelaki berusia 33 tahun, menyebabkan Mohamad Azlan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk patah paha kiri dan kanan, selain luka di bahagian siku kiri dan dahi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Jalan Langgar menuju Kepala Batas melalui Hutan Kampung dan dikatakan gagal mengelak apabila Proton Ezora keluar dari simpang sebelah kiri, menyebabkan mangsa terjatuh dan terpelanting kira-kira lima meter di laluan bertentangan,” katanya yang mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa kemudian dihantar Jabatan Forensik HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wai, Perlis selepas solat Asar.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusof, bersama lebih 50 anggota polis hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Mohamad Azlan di HSB di sini, hari ini. Al fatihah.

Leave a Reply