Sayu.!!! Maafkan abang sayang .. Isterinya Cikgu Norsiah lemas terperangkap dalam kereta di hanyut banjir (6Gambar)

Limbang : Cikgu Norsiah Yusok,52, meninggal dunia akibat lemas apa yang paling memilukan dia maut depan mata suami nya yang berjaya selamatkan diri ketika kereta yang dinaiki di hanyut kan air Sungai Limbang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, mangsa dikenali sebagai Cikgu Norsiah dijumpai mati lemas dalam kereta yang terdampar di tebing Sungai Limbang oleh orang awam pada pukul 8.27 pagi.

Katanya, terdahulu, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta jenis Proton Persona telah dihanyutkan arus semasa meredah jalan raya yang dinaiki banjir.


“Dalam kejadian itu, seorang mangsa lelaki (Suami ) berjaya keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri, namun isterinya dilaporkan gagal berbuat demikian.

“Pasukan bomba yang menerima laporan itu, segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar 3 kilometer dari mangsa dilaporkan dihanyutkan.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan oleh orang awam yang turut membantu dalam operasi itu pada pukul 8.27 pagi,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, semoga suaminya tabah dengan apa yang berlaku kini tiada lagi isteri tersayang disisi. Al fatihah.

Leave a Reply