Sayu.!!! Konvoi terakhir Izham .. Selekoh ragut nyawanya superbike rempuh lori (8Gambar)

Semenyih : Minat motosikal kuasa tinggi hingga akhir hayat itu lah yang boleh diungkapkan kepada arwah Mohd Izham Safwan Mohd Ghazali, 30, yang terlibat kemalangan pagi tadi.

Dalam kejadian itu Izham yang berasal dari Pasir Mas Kelantan menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR maut dalam kemalangan dekat empangan Semenyih, Jalan Kajang – Kuala Klawang pada 11.45 pagi hari ini.

Arwah Izham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki yang masih kecil, apa yang berlaku mengundang pilu kerana minat arwah pergi buat selamanya bersama motosikal kesayangannya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa, Izham Safwan dipercayai sedang berkonvoi bersama beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi lain dalam perjalanan dari Kajang menuju Kuala Klawang.

Katanya, sebaik berada di laluan dekat dengan empangan Semenyih, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan menyebabkan terbabas ke laluan bertentangan.

Ketika kejadian, kebetulan terdapat sebuah lori sedang melalui laluan dari arah Kuala Klawang ke Kajang.

Mangsa yang tidak dapat mengawal motosikal kemudian merempuh bahagian hadapan lori terbabit menyebabkan tercampak ke tengah jalan,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga nya tabah tiada lagi papa disisi anak kecil ini. Al fatihah.

Leave a Reply