Sayu.!!! Hanif APM maut dilanggar lari 2 jam selepas tulis status kematian di Whatsapp (6Gambar)

Kuantan : Seorang Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut apabila motosikal nya yang ditunggang nya di langgar lari yang menyebabkan dirinya terbunuh.

Mohd Hanif Abdul Hamid 25 tahun, anggota APM Daerah Kuantan telah terlibat dalam kemalangan langgar lari dalam kejadian di Jalan Semambu pada 17 Disember 2017 lebihkurang jam 9.45 malam.

Sebelum kejadian, arwah dipercayai sedang menunggang motor untuk mengambil seorang rakan anggota di Terminal, Kuantan, Pahang.

Arwah telah menyertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pada 15 Februari 2014 dan dilantik sebagai Anggota Sukarelawan Tugasan Pejabat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Pahang.

Beliau telah menaikkan status Whatsapp pada jam 7.39 malam yang berbunyi “Cepat atau Lambat akan tiba waktunya Kita akan diLamar malaikat maut dan dinikahkan dgn kematian,,.. Dan bercerai dgn dunia yang selama ini Kita kejar,,,..”

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib jenazah mangsa dihantar ke Hospital untuk tindakan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga nya di Kampung Kempadang Kuantan, dan akan di semadikan pagi ini disana.

Salam takziah kepada keluarga arwah semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Leave a Reply