Sayu.!!! Besi melayang hentam kepala .. Setelah bertarung nyawa Pegawai Navy temui ajal(12Gambar)

Jempol : Seorang pegawai tentera laut (Navy) hembus nafas terakhir setelah bertarung nyawa, Mangsa Fairuz Mohamad,28, telah terlibat dalam kemalangan di lebuh raya PLUS exit ke seremban pada 3 disember lalu.

Dalam kemalangan tersebut mangsa yang menunggang motosikal parah dikepala apabila satu batang besi dari lori kontena melayang menghentam kepala mangsa yang menunggang motosikal.

Motosikal mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan lebuhraya yang menyebabkan Fairuz parah dimuka dan badan.

Lebih kurang dua hari bertarung nyawa di Hospital Fairuz mengembus nafas terakhir semalam, mangsa meninggalkan seorang isteri Farah Wahidah Hayati dan dua anak-anak yang masih kecil.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, jenazah mangsa selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan,Bandar Seri Jempol,Negeri Sembilan petang semalam.

Apa yang berlaku mengudang pilu insan-insan yang mengenali Fairuz yang disifatkan sebagai seorang insan yang amat baik pergi dalam usia muda meninggalkan isteri dan dua anak-anak yang masih kecil. Al fatihah.

Leave a Reply