INILAH Yang Dilakukan Oleh Rasulullah Ketika Baginda Terlewat Dalam Mengerjakan Solat Subuh Yang Patut Kita Contohi. ALLAHUAKBAR….!!!!

Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, yang berkata: Pada suatu malam kami menempuh perjalanan bersama Nabi s.a.w, sebahagian orang mengatakan: “Ya Rasulullah! Sebaiknya kita berehat menjelang pagi ini. ”

Rasulullah SAW bersabda: “Aku khawatir kalian tidur nyenyak sehingga melewatkan solat subuh.”
Kata Bilal: “Saya akan membangunkan kalian.”

Mereka semua akhirnya tidur, sementara Bilal menyandarkan punggungnya pada haiwan tunggangannya, namun Bilal akhirnya tertidur juga. Nabi SAW bangun ketika busur tepian matahari sudah muncul. Kata Nabi SAW: “Hai Bilal! Mana bukti ucapanmu? ”

Bilal menjawab: “Saya tidak pernah tidur sepulas malam ini.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengambil nyawamu bila-bila masa Dia mahu dan mengembalikannya bila-bila masa Dia mahu. Hai Bilal! bangunlah dan suarakan azan. “Rasulullah SAW berwudhu, setelah matahari agak meninggi sedikit dan bersinar putih, Rasulullah SAW berdiri untuk melaksanakan solat. (Hadits Shahih Imam Bukhari, nombor 595)

Siapa Yang Lupa Tidak Solat, Segera Laksanakan Ketika Ingat

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra, bahawa Nabi saw pernah bersabda: “Siapa yang lupa untuk melaksanakan solat, maka laksanakanlah ketika ingat, tanpa kaffarah [denda] atas lupanya itu kecuali dengan mengerjakan solat tersebut.” Kemudian Rasulullah saw membaca ayat (yang artinya) : “… dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Al-Qur’an surat Taha, ayat 14). (Hadits Shahih Bukhari, nombor 597)

Rasulullah SAW Pernah Solat Asar Pada Waktu Maghrib
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa pada saat perang Khandaq, Umar bin Khattab datang selepas matahari terbenam. Umar mencaci-maki orang-orang kafir Quraisy.

Kata Umar: “Ya Rasulullah! Saya hampir sahaja tidak melaksanakan solat Asar hingga matahari hampir terbenam. “Nabi SAW bersabda:” Demi Allah! Aku belum melaksanakan solat Asar. ”

Kata Jabir: “Kami pergi ke Buthhan, kemudian Nabi SAW berwudhu untuk solat dan kami pun berwudhu, lalu Nabi SAW melaksanakan solat Asar setelah matahari terbenam, setelah itu beliau melaksanakan solat Maghrib,” (Hadits Shahih Bukhari, nombor 596).

Itulah tadi yang dilakukan oleh Rasulullah ketika beliau terlambat melaksanakan solat, maka kita sebagai hamba yang patuh terhadap Rasulullah maka hendaklah kita meniru apa yang di lakukan Rasulullah ketika beliau telat saat melaksanakan solat, kerana Rasulullah juga termasuk manusia yang tak luput dari lupa seperti manusia lain. Wallahu A’lam.

Leave a Reply