Inilah 10 Kebaikan Isteri Yang Jarang Disedari Oleh Suami.

Tanpa kita sedari, sebenarnya banyak sekali kebaikan isteri terhadap suami. Dialah orang yang selalu mendampingi kita baik dikala suka maupun duka. Dialah teman sejati yang tidak pernah meninggalkan kita di saat kita miskin. Cuba kita renungkan 10 kebaikan isteri yang selama ini kita tidak sedari. Inilah kebaikan-kebaikannya kepada kita sebagai suami.

1. Menyediakan Sarapan di Pagi Hari
Pagi hari sebelum azan subuh berkumandang, isterimu dengan tergopoh-gopoh menyiapkan rumusan masakan untuk menu sarapan pagi. Mungkin di masa yang sama kamu sedang enak-enakan tidur terlelap.

2. Menuangan Air Minum Apabila Makan
Setiap kali suami makan, sang istri selalu menyiapkan segelas air minum dan menuangkannya jika kosong. Sementara sang suami dengan lahapnya terus menyantap makanan tanpa memperdulikan gelas kosong milik isteri.

3. Mengusap Sisa Makanan yang Tertinggal di Pipi dan Bibir
Saking perhatiannya kepada suami sampai hal terkecil saja isteri lakukan contohnya mengusap sisa makanan yag melekat di bibir. Jangankan mengusap sisa makanan di bibir isteri, menanyakan apakah isteri sudah makan pun mungkin suami jarang lakukan selepas berkahwin.

4. Menyelesaikan Pekerjaan Rumah Tangga
Rumah bersih dan rapi terasa nyaman berkat isteri yang tulus melakukan pekerjaan rumah tangga. Sementara suami kadang-kadang acuh tak acuh terhadap kerja rumah tangga.

5. Membangunkan Suami Apabila Ketiduran
Ketiduran kerana lelah bekerja biasa terjadi pada sang suami. Namun, bukan bererti isteri membiarkan suami semasa tidur melewati waktu solat. Isteri yang solehah adalah isteri yang membangunkan suami yang tertidur semasa azan berkumandang.

6. Menyediakan Pakaian Untuk Ganti Baju
Ingatlah saat-saat masa bujang, mencuci baju sendiri, menyerika sendiri, tidur pun sendiri. Namun, sekarang kamu telah mempunyai isteri yang baik hati yang menyediakan pakaian saat ganti baju.

7. Menyambut Suami Apabila Pulang Pejabat
Rasa lelah bekerja terhapuskan saat sang isteri telah berpakaian rapi menyambut suami yang baru sahaja pulang bekerja.

8. menjemurkan Tuala Suami Sehabis Mandi
Tabiat buruk para suami adalah lupa menjemur tuala sehabis mandi. Nasib baik sang isteri baik hati menjemurkan tuala basah sehabis suami mandi.

9. Melahirkan Si Buah Hati
Perjuangan sang isteri sungguh luar biasa baik semasa mengandung dan semasa melahirkan. Bagaimana tidak? Pada masa awal-awal mengandung perut sering mual dan tidak nafsu makan. Hingg saat melahirkan merupakan titik perjuangan antara hidup dan mati. Oleh sebab itu, cintailah isterimu yang telah bersusah payah melahirkan si buah hati.

10. Mendidik dan Merawat Si Buah Hati
Kini sang buah hati telah lahir sebagai pelengkap kebahagiaan kalian berdua. Dia adalah titipan dari Tuhan kepadamu agar kamu menyangi, merawat, mendidik, dan membesarkannya. Istrimulah yang paling berperanan membesarkan dan mendidik anak-anakmu. Maka cintailah dia hingga akhir hayatmu.

Sebenarnya masih banyak kebaikan-kebaikan isteri kepada suami. Mulai sekarang peliharalah kembali cinta dan kasih sayangmu kepada isterimu sebagaimana saat-saat romantis dulu.

Leave a Reply