ASTAGHFIRULLAH..!!Munculnya Binatang Ini Sebagai Pertanda Bahawa Kita Semakin Dekat Dengan Kiamat. Binatang Apakah Itu?

Datangnya binatang Dabbah adalah petanda lain diantara petanda lain yang paling terkenal, iaitu matahari terbit yang dari barat.

Binatang ini bernama Dabbah dan berkali-kali disebut Rasulullah SAW sebagai salah satu tanda dekatnya kiamat. Selain Itu, Allah juga pernah menyebut Dabbah dalam Al-Quran.

“Apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan seekor dabbah
(Binatang) dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. “(An-Naml: 82)

Dabbah disebut-sebut sebagai binatang melata yang keluar dari bumi, ia boleh berbicara kepada manusia dan memilah-milah mana mukmin dan mana kafir.

Rasulullah SAW berkata jika Dabbah ini adalah salah satu peringatan manusia untuk segera bertaubat. Sebab, ada beberapa petanda yang jika muncul maka pintu taubat akan ditutup. Salah satu diantara tanda ditutupnya pintu taubat tersebut adalah munculnya Dabbah.

“Ada tiga perkara yang jika keluar maka tidak akan berguna lagi keimanan orang yang belum beriman sebelumnya; atau belum mengusahakan kebaikan yang dilakukan dalam keimanannya. Ketiga perkara itu adalah: terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang bumi. “(HR. Muslim)

Beliau juga pernah menyampaikan sabdanya: “Bersegeralah kalian beramal (sebelum datangnya) enam perkara … (beliau menyebutkan di antaranya) dabbah.” (HR. Muslim).

Dabbah yang muncul tersebut akan mampu berbicara kepada manusia dan kemudian meletakkan tanda atau cap kepada wajah-wajah manusia. Ia memberikan tanda pembeza antara orang beriman dan kafir. Tanda untuk orang yang beriman adalah wajah yang bercahaya, sedangkan yang tidak, tandanya diberikan dibahagian hidung sebagai tanda kekufurannya.

Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dalam Majma’uz Zawaid VIII / 7-8, daripada Huzaifah bin Asid secara marfu ‘, bahawa Dabbah akan muncul dari Makkah, keluar dari Masjid paling mulia. Kemunculannya membuat bumi bergetar.

“Dabbah akan keluar dari masjid yang paling besar, tatkala mereka (sedang duduk-duduk tiba-tiba bumi bergetar) ketika mereka sedang demikian tiba-tiba bumi terbelah.”

Banyak perbezaan pendapat mengenai rupa dari bintang ini.

Wallahualam bishawab

Leave a Reply